Rabu, 9 November 2011

Tanda-Tanda Kematian ~ Up To Mu

Tanda-Tanda Kematian ~ Up To Mu

Mereka yang kejam..


Banyak kes yang terjadi di sekeliling kita.Kisah yang paling menyentuh perasaan adalah berkaitan dengan bayi,manusia kecil yang tidak tahu apa-apa.Apa nak jadi dengan dunia sekarang.Kenapa kejam sangat manusia ini yang melakukanya.Dimana sikap perikemanusiaan.Kejam memang kejam.
Anak sekecil itu diliwat,anak sekecil itu dibunuh kejam.Anak sekecil itu dibuang,bagaikan najis,sampah.Sakit hati bila terkenangkan nasib anak-anak sekecil itu.

Selagi kita masih bernafas..bahagiakanlah mereka..

Masih teringat lagi segala kenangan bersamanya.Kini aku amat merinduinya.Cepat rasanya mereka pergi meninggalkan aku.Aku termenung sejenak,berfikir,sepanjang hidup mereka adakah aku telah berjaya membalas segala kebaikan mereka dengan membesarkan aku,memenuhi segala permintaanku,membantuku semasa didalam kesusahan.Kalau ada mungkin tak sebanyak mana.Aku redha dengan ketentuannya.Hanya doa kupohonkan buatmu..
Buat insan yang amat ku sayangi didunia dan akhirat, Arwah ibuku,Arwah bapaku dan Arwah abang sulungku,moga kau tenang disana,Tuhan lebih menyayangi kamu.